Monday, March 12, 2012

Syaidatul Afifah is raring to go!

Syaidatul Afifah the rising star of Malaysian bowling, she did really well for past two years in National Youth and her effort was paid off when she earned a spot in National Elite team.

Is she the new Zandra Aziela? Well, she certainly has the look but performance wise we must wait and see. Any one interested to catch her in action, you may do so as she will be playing in this week 36th Malaysian National and 25th Interstate Bowling Championship at the Sunway Megalanes.

Hope she will have an impressive start.



KUALA LUMPUR - Kecemerlangan yang dipamerkan pemain boling wanita, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi di peringkat remaja sepanjang dua tahun lalu telah meraih pengiktirafan setimpalnya apabila dia diserap ke dalam skuad elit tahun ini.

Syaidatul, 21, yang sejak zaman kanak-kanak lagi memuja idolanya, Shalin Zulkifli, kini berpeluang menjadi rakan sepasukan ratu boling kebangsaan itu.

Shalin yang menyepi sepanjang tahun lalu selepas bergelar ibu, juga antara 12 pemain wanita yang dipanggil Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) menganggotai skuad mantap bimbingan Holloway Cheah.

Esther Cheah, Sharon Koh, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Zatil Iman Abdul Ghani, Siti Safiyah Abdul Amirah Abdul Rahman, Jacqueline Jenelee Sijore, Sin Li Jane, Dayang Khairuniza Dhiyana Abang Jamalidon, Siti Shazwani Ahmad Suhaimi dan Hee Kar Yen melengkapkan senarai yang diumumkan MTBC minggu lalu.

Bagi Syaidatul, ia adalah bagaikan mimpi menjadi kenyataan kerana tidak sama sekali menjangka mendapat tempat dalam skuad yang dipenuhi sekumpulan pemain berpengalaman dan berkaliber.

"Memang saya ada mengharap untuk dipanggil, tetapi tak sangka boleh dapat tahun ini. Saya adalah satu-satunya muka baru dalam pasukan. Saya sedang cuba membiasakan diri dengan persekitaran baru.

"Banyak yang saya kena belajar mulai sekarang, dapat menganggotai skuad elit tidak bermakna saya sudah bagus. Jika hambar, saya mungkin disingkir tahun depan, langsung tiada ruang untuk leka," kata gadis kelahiran Perak itu merendah diri.

Karier Syaidatul sebagai pemain kebangsaan bermula pada 2010 apabila diserap masuk ke dalam skuad remaja dan ternyata dia sememangnya pemain yang cukup berpotensi.

Ini dibuktikan dengan kejayaannya merangkul beberapa gelaran tempatan dan antarabangsa.

Tahun lalu sahaja, dia menjulang kejuaraan kategori remaja wanita di Terbuka Singapura, Terbuka Taiwan, Terbuka Kuala Lumpur dan paling manis mengekalkan gelaran Pesta Pulau Pinang.

Angka itu sepatutnya menjadi lima jika dia tidak tewas kepada Dayang pada final Kejohanan Milo All-Stars.

Syaidatul bagaimanapun mengakui, peralihan dari remaja ke senior tidak semudah yang disangka.

"Jurulatih kini sedang membuat banyak penyelarasan teknikal bagi memantapkan lagi hayunan saya. Saya perlu mempertingkatkan stamina dan kecergasan kerana daya ketahanan adalah aspek penting bersaing di peringkat senior.

"Selain itu, saya juga sedang mengasah ketepatan mengenai 'poket' yang menjadi kelemahan saya selama ini. Saya fikir segala usaha akan mengambil satu tempoh masa, saya tidak mahu terburu-buru," jelasnya.

Syaidatul akan turun mewakili negerinya dalam Kejohanan Kebangsaan ke-36 dan Kejohanan Antara Negeri ke-25 yang berlangsung sepanjang seminggu di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid di Subang Jaya bermula hari ini.


No comments:

Post a Comment