Monday, March 12, 2012

25th Interstate Bowling Championship kicks off today!


Preview:
---------

Men:
------

It will be five horse race between Selangor, Penang, Johor, WP Kuala Lumpur and Sarawak.

No Daniel Lim and Zaid Izlan for Selangor, replace by the experienced Azidi Ameran and young Amirul Alif...but still look too strong with Alex Liew and Zulmazran Zulkifli around.

Khoo Beng Khai sudden death has shocked the national bowling fraternity last year. A very talented bowler - already a bowling superstar in Penang at U-12 level and it was only matter of time before he is to be called up to the Elite squad,. A big hole to be filled by his former long time arch rival during MSSPP meets, Jason Yam. Adrian Ang and Aaron Kong to spearhead the gold medal assault.

Johor will boast the fantastic combination of Malaysian Open Champion, Muhd. Nur Aiman and defending National Champion, Kang Bo Long.

Men's Elite squad two new faces, Aris Ardila Santosoh and Issac Rusell Paul can make the difference for Sarawak men's team.

WP Kuala Lumpur are banking on Syafiq Ridhwan and Yusuf Abdul Raof to deliver.


Women:
---------

It is interesting to see how the star-studded Selangor fare this year as Shalin Zulkifli and Siti Safiyah are back to strengthen the women's team. Without the duo, they only managed bronze in team event last year.

Don't think Jacqueline Sijore and Dayang Khairuniza Dhiyana (DKD) will clean sweep all four golds at stake again, but both of them are capable of springing surprise again

It is very unfortunate for last year team event silver medalists, WP Kuala Lumpur to be without Wendy Chai and Hee Kar Yen as both of them are currently competing at Tournament of Champions 2011 in Kuwait. They still have Sharon Koh back though.

2005 Aalborg world singles champion, Esther Cheah returns for Penang, who finished 13th (2nd last spot) in last year team event. They may not be strong for team event, but Esther can make the difference in singles and perhaps, doubles.

Expect strong challenge from Perak with Sin Li Jane and newly promoted Elite squad member, Syaidatul Afifah. The pair won silver in doubles last year.


SUBANG JAYA - Kejohanan Boling Antara Negeri ke-25 yang membuka tirai hari ini di Sunway Megalanes bakal menyaksikan sama ada Sarawak yang mencipta kejutan bergelar juara keseluruhan edisi tahun lalu, mampu mempertahankan kejuaraan itu atau tidak.

Sarawak yang selama ini bukan merupakan kuasa besar boling kebangsaan, tiba-tiba bertukar mantap berikutan kemunculan pasangan pemain wanitanya, Jacqueline Jenelee Sijore dan Dayang Khairuniza Dhiyana Abang Jamalidon.

Mereka berdua yang merupakan 'rookie'' skuad elit ketika itu, garang menyapu bersih kesemua empat kategori yang dipertandingkan dalam acara wanita, iaitu perseorangan, beregu, berpasukan dan All-Event.

Empat emas sumbangan Jacqueline dan Dayang itu cukup meletakkan negeri Bumi Kenyalang unggul di tangga teratas carta kutipan pingat dengan 4-2-1, menewaskan dua negeri pilihan Selangor (4-1-5) dan Pulau Pinang (3-1-2).

Juara perseorangan dunia, Jacqueline yang ditemui pada upacara pembukaan semalam berkata, dia berharap dapat mengulangi pencapaian tahun lalu.

Bagaimanapun, dia memberitahu bahawa pasukannya akan sekali lagi bergelar sebagai underdog kepada Selangor yang tampil dengan skuad lebih kuat, terutamanya wanita yang terdiri daripada bintang-bintang skuad elit dianggotai Shalin Zulkifli, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Zatil Iman Abdul Ghani dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman.

"Tahun lalu memang tidak dijangka sama sekali. Saya dan Dayang berada pada kemuncak prestasi, dan sama ada dapat kami ulanginya tahun ini, kita akan lihat nanti.

"Namun Selangor memang kuat dengan kepulangan Shalin dan Siti Safiyah, mereka adalah favourite utama dan kami, seperti lain-lain pasukan adalah underdog," katanya yang merangkul tiga emas setelah terlepas pingat emas keempat kepada rakan sepasukan, Dayang dalam All-Event.

Juara dunia 2005, Esther Cheah tahun lalu tidak beraksi kerana melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat, kembali memperkuatkan skuad wanita Pulau Pinang. Pasukan lain yang juga mampu mencabar Selangor ialah Perak yang dibintangi Sin Li Jane dan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi.

Sementara itu, saingan lelaki bakal menyaksikan pertarungan sengit antara Selangor,Pulau Pinang dan Johor yang dibarisi rata-ratanya sama ada anggota atau bekas anggota skuad elit serta pemain remaja kebangsaan.

Selangor menampilkan Alex Liew, Zulmazran Zulkifli, Azidi Ameran dan Mohd. Amirul Afif, manakala Pulau Pinang juga sama mantap dengan kehadiran pemenang empat pingat emas Sukan SEA, Adrian Ang, Aaron Kong, Adrian Charles Dragon dan Jason Yam.

Cabaran yang hadir daripada Johor juga tidak boleh dipandang remeh kerana memiliki kombinasi juara Terbuka Malaysia, Muhd. Nur Aiman dan juara kebangsaan, Kang Bo Long, begitu juga dengan Kuala Lumpur dianggotai Syafiq Ridhwan Abdul Malek dan Yusuf Abdul Raof.

Selain kekuatan skuad wanita, Sarawak juga boleh mengharapkan kekuatan skuad lelakinya yang terdiri daripada dua muka baru skuad elit lelaki, Issac Russel Paul dan Aris Ardila Santosoh serta juara remaja Terbuka Hong Kong, Chong Jun Foo.

Kejohanan bermula hari ini dengan acara perseorangan diikuti beregu dan berpasukan, esok dan lusa.

No comments:

Post a Comment